Selamat Datang & Bergabung di Mister Hali Blog

Senin, 03 Januari 2011

Dajjal

Suara Dajjal Mahu Keluar

Siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam.

Seorang kawan aku telah bertanyakan pendapat tentang mesej yang dia terima kat Yahoo Messenger. Thanks kat dia, dapat aku update blog ni haha. Pranggggg! Bunyi kuat menerjah gegendang telingaku. Apakah bunyi ini? Adakah Dajjal yang mahu keluar dari perut bumi? Oh tidak, rupa-rupanya kawanku Mamat telah terjatuhkan batang besi di atas lantai. Cuak sebentar dibuatnya. Cheh mamat ni, buat takutkan orang je, aku ingat ada gempa bumi tadi. Hehe kalau ada gempa bumi selama 3 minit kat Malaysia ni, dah lama dah keluar berita dan surat khabar. Gegaran kecilan memang ada dekat Bukit Tinggi kat Karak tapi takda la sampai 3 minit, paling lama pun 30 saat. Gempa bumi kat luar negara pun tak lama sampai 3 minit.

Yang paling aku tak paham pasal mesej tu ialah "KITA YANG MENENTUKAN DIRI" ditulis dengan perkataan bold. Maknanya, ayat itulah yang paling penting dalam mesej tersebut dan yang bestnya, ayat tu tidak memberi maksud apa-apa, so kalau sesiapa terima mesej seperti tu lagi, just delete je sebab takda apa-apa kebaikan pun boleh diambil.

Penutupnya pula ialah "Sebarkan kalu sayang pada Islam". Inilah masalah orang Islam sekarang ni, disesatkan dengan dakyah "kalau kau tak sebar berita ini, kau tak sayang Islam". Ish ish. Banyak je cara nak tunjukkan sayang kita kat Islam. Berbalik dulu ke asas iaitu rukun Islam. Cukup ke solat kita, cukup ke puasa kita dan lain. Sudahkah kita menunaikan semua tu? Kalau sudah alhamdulillah. Seterusnya buatlah sunnah-sunnah Nabi. Banyak la pulak kalau aku nak listkan satu-satu cara nak buatkan kita sayang Islam atau bukti kita sayang Islam. Yang pasti (takleh guna perkataan pasti sebab perkataan pasti milik Allah je), jadinya, yang jelasnya, menyebarkan berita-berita dari email mahupun mesej YM ni bagi saya ialah antara perkara terakhir yang dibuat untuk tunjukkan sayang pada Islam. Lebih-lebih lagi kalau berita itu takda sumber dari mana ia datang.

Haha. Sori aku tergelak sat sebab teringatkan ayat ini. "hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi." Memang la ada bunyi-bunyi macam tu, walhal kalau tengok kat National Geographic pasal lava gunung berapi, masa dia mengalir menuruni gunung pun akan keluarkan bunyi, ini kan pula time dia kat bawah tu mengelegak. Mungkin sahaja akan ada bunyi letup-letup. Tu la ko minah/mamat yang sebarkan berita ini, harap langgan ASTRO je tapi dok ralit tengok akademi fantasia dan rancangan-rancangan hiburan. Pastu bila dapat email pelik, terus je nak forward pastu cakap kalau tak forward, tak sayang Islam pulak. Ish ish.

P/S: Kalau nak tahu, pengaruh Dajjal dah ada pun di sekitar kita ini tapi yang jelas bukan seperti ngauman raksasa ke apa sebab Dajjal ni manusia gak macam kita. Kalau ada masa, pi carik dokumentari bertajuk "The Arrivals" yang dibuat oleh seorang muslim di United States pasal kedatangan Dajjal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar